search me tau syg :)

Thursday, December 16

dah penat ke dah tahu !



Cuaca petang itu begitu panas dan matahari masih bersinar terik. Dua
orang pemuda melangkah laju masuk ke dalam perpustakaan sambil mengepit buku. "Ahhh!! Baru le sejuk skit." kata seorang pemuda sambil mengibas-gibaskan bajunya.

Mereka berdua terus melangkah menaiki tangga. Ternyata di tingkat
teratas perpustakaan itu tidak ramai yang duduk di situ. Mereka berdua memilih sudut yang agak terlindung untuk belajar. Masa terus berlalu.
Beberapa jam kemudian.....

"Ahhh! Aku dah penat aaa. Aku balik dulu le ye." kata seorang pemuda itu sambil mengemaskan buku-bukunya. Majalah "Popular Science" dan"National Geographic" yang bersepah di atas meja di susun rapi.

"Alah! engko ni. Awal lagi ni. Baru pukul tujuh."
"Aku ada temujanji malam ni." kata pemuda itu sambil tersengih sengih
"Wah! padanlah." Sahut kawannya.
"Engko taknak balik lagi ke?" tanyanya.
"Aku nak ulangkaji sikit lagi. Takpe lah, engko balik le dulu." kata rakannya sambil tersenyum-senyum.

Selesai mengemaskan bukunya pemuda itu melangkah turun meninggalkan rakannya yang masih tekun mengadap buku.
Pemuda pertama itu meneruskan bacaannya mengenai sejarah orang-orang Mongol. Sekali-sekala dia mengangkat kepalanya melihatkan sekeliling. Suasana perpustakaan itu sudahpun agak lengang kerana sudah ramai pelajar yang balik, malah tiada seorangpun yang tinggal di bahagian tingkat atas perpustakaan itu. Suasana yang sunyi itu lebih disukainya kerana lebih mudah baginya untuk mengulangkaji.

Tiba-tiba dia terbau satu haruman yang lembut. Dia terperanjat kerana apabila mengangkatkan kepalanya ada seorang gadis yang jelita yang berambut panjang duduk berhadapan dengannya, tekun membaca. Hatinya berdebar-debar seketika melihatkan kejelitaan gadis itu. Gadis itu tersipu-sipu apabila menyedari dirinya direnung sebegitu.

"Hai! Buat apa tu?" tegurnya.
Gadis itu membalas senyumannya dengan senyuman manis.
"Boleh saya tumpang duduk kat sini? Kat sana sunyi, takde orang,
jadi saya datang le duduk dekat awak." jawabnya dengan lembut.
Dia berasa gembira. "Ada peluang nampaknya kali ini." katanya dalam hati. Dia cuba mengajak gadis itu berbual-bual, ternyata gadis itu tidak menolak.

Mereka berdua mula bersembang panjang

"Boleh saya pinjam pen awak sekejap?" tanya gadis itu.
"Boleh, boleh.." dia menjawab sambil menghulurkan pennya kepada gadis itu.
"Terima kasih. Saya pulangkan pen awak ni." suara lembut gadis itu
menerpa cuping telinganya.

Dia menghulurkan tangannya untuk menyambut pen yang di hulurkan oleh gadis itu. Tiba-tiba muka gadis itu berubah menjadi merah lalu tertunduk tersipu-sipu kemalu-maluan, apabila dia cuba mencapai tangan gadis itu. Tetapi ternyata gadis itu lebih tangkas merentap balik tangannya itu. Dia agak hampa kerana gagal menggengam tangan gadis itu lalu mengetuk meja dengan pen tetapi pennya itu terjatuh pula ke bawah meja. Dia menyelinap ke bawah meja untuk mengambil pen itu, tetapi diangkatnya kepala terlalu cepat sehinggakan berdentum kepalanya terhantuk ke bawah meja itu.
Dia menyumpah-yumpah apabila mendengarkan gadis itu tertawa
perlahan-lahan.

Dia sedang menggosok-gosokkan kepalanya apabila dengan tiba-tiba bulu romanya tegak berdiri apabila dia melihat dengan ekor matanya kerusi di hadapannya itu. Darahnya berderau dan dia bangun menegak kembali sambil terus menggosokkan-gosokkan kepalanya sambil melihat ke arah gadis itu yang duduk tersenyum di hadapannya sambil menutup mulut dengan tangan. Dia mula mengemas-gemaskan bukunya dengan cepat.

Untuk menguatkan semangatnya dia berkata "Ahhh...dah penat le. Balik dulu ye." Gadis itu hanya tersenyum mendengarkan perkataannya lantas menjawab "Dah penat ke, dah tahu..."

Mendengarkan kata-kata gadis itu, dia tidak bertangguh lagi lalu terus lari lintang-pukang menerpa ke tangga. Pandangannya melihatkan sepasang kaki yang tinggal rangka di hadapannya di bawah meja, sedangkan rupa seorang gadis cantik di sebelah atas yangbercakap-cakap dengannya cukup menyeramkannya.

Sepanjang jalan itu, suara gadis itu berulang-ulang kedengaran
bertanyakan "Dah penat ke, dah tahu? "Dah penat ke, dah tahu?" disertai deraian ketawa mengekek. Tanpa bertangguh lagi dia memecut lebih laju, berlari balik, putih tapak kaki, tanpa menoleh kebelakang lagi.



* haha ~ nice la hantu tu :)

No comments:

tengs to all followers :D